Wednesday, December 15, 2010

usaha daya berdaya

Usaha untuk menulis sebuah karya dan mencipta sebuah delusi agung yang bakal membayangi-nya, heh, telah menempelak kemampuan dan kewarasan aku. Refleksi di atas cermin setiap pagi, selain memperaga wajah yang kian lusuh, dengan sinis-nya memperolok keteguhan azam dan semangat aku -- penghargaan kepada kata-kata peluntur keghairahan daripada syaitan-syaitan kecil yang meng-jengkelkan.

Ada gagasan yang tak ter-cerna, ada rancangan yang terbang keluar, ada rangka yang tak terisi, ada keributan yang tak ter-luah, ada kesinambungan yang tak ter-sambung, ada barisan yang ter-putus tiga; terbesarnya, ada momentum luar yang meluap-luap mengacau tempo fikir dan fokus tumpu.

Dalam diam-diam, aku mulai mogok dengan persekitaran yang hancing dengan kecelaruan dan kekalutan mengejar dunia, cuba memasang gelombang yang tepat, dan letak tekad, "Sebelum April kunjung, sebelum April kunjung!"

Dan dalam diam-diam juga, ada gemersik-gemersik sarkastik di telinga kiri menyambut dan berbisik, menangkis setiap suara-suara mendorong, dan mengajuk lengguk madah laguan M. Nasir, "Bagaimana kan ku mula, dan apakah kata-kata, yang indah untuk diabadikan--"

Sudah-nya, aku rindu-kan penderitaan -- kerana penderitaan meluncur-kan kebebasan yang ter-penjara.

Heh, itu-pun jika kamu memahami maksud-ku, wahai pelayar-pelayar sepi dan pembaca-pembaca hantu.walaupun nampak macam biasa je tapi dalam diam banyak jugak yang meng komen kan
tak tau la ... penat dah aku dari td buat tu buat ni.
aku dulu budak sastera , major la kesusasteraan melayu , macam bagus kata kan
hahahaha

No comments:

Post a Comment