Sunday, April 17, 2011

ride to terengganu.....hahahaha dah sebulan jugak la

RIDE TO TERENGGANU
Rombongan pegi Terengganu, negeri yang aku suke gak la tapi yang tak best nye.. kene ikot peraturan la, memang nate btol la, tapi xde PAPE on pade aku yang best sangat pegi Terengganu tu...bosan kot yang best nye dapat SMKTIZ DUNGUNG,ramai awek beb..hahahahahaha sampai sekolah tu pkul.5 ptg je bile disambut dengan kompang yg bunyi dia agak pelik dari kompang sekolah aku, trus tak bosan bile dapat kenal dgn MIERA,MIZA,HAPIPAH,FATEHA,ANIS,HAMDAN,ASMA,SHIEDA ramai lagi lah...... aku dapat kenal lagi dekat INTAN cm awek2 yang name die... AZIELA,HAJAR,HAMIEZAH tapi aku tido time teknik menjawab P.A 2..tak pe la bende ah lepas..lepas je la tapi rindu same dorang..cume rase cam buang duit RM100 je aku bayar pegi sane sebab xpuas la..Kumbang Jamban adalah orang yang paling bosan dekat dalam bas CUZ MEMANG BOSAN..Nak tak nak aku kene je naik bas tu sebab aku sedar lelaki tak ramai...celake punye member la kan main kutuk-kutuk..hahahaha takpe brother hood kate kan, aku tak tau la nak cakap ape lagi pasal pegi Terengganu nie..sebab best giler malam ke-2 aku kne ubat gigi dekat leher ngan perut..nate berok punye member hahahaha takpe la yang lagi sedapnye bleh pulak aku berasap kat chalet CHEhWE tu puas2 ngan ombak peh memang jakun la aku,....cume yang aku tak puas cam kenape tak boleh ambik gambar kat masjid terapung tu...camner nak tarik pelancong...bengang aku..tapi sepanjang 3 hari tu, dengan berbekalkan RM70 aku makan je puas2 hahaha kenangan ini yang paling manis & aku ahad demam sebab xtau knape hahahaha orang ganu jugak suke pkai motor besar or keter modify cam jet lg bagus dari orang johorla habis aku nampak mamat niaga air tebu bawak YZF R1 memang hebat..aku puas gak la,tapi terkilan sikit knape aku bleh ambik gambar sikit je...sedih.....cume yang paling best ade banyak tapi aku letak sikit jela sikit cam:































Friday, January 7, 2011

statistik assignment aku....pengajian am , i like..


Kajian ini mempunyai dua tujuan. Pertama ialah untuk mengenalpasti pencapaian peperiksaan SPM dalam Matematik mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kedua ialah untuk meninjau secara mendalam tentang penguasaan pelajar dalam peperiksaan berkenaan. Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian iaitu pertama meliputi persoalan demografi pelajar dan kedua pula ujian setara dengan ujian kertas peperiksaan Matematik Kertas 2 SPM 2001. Bagi tujuan pertama seramai 1329 pelajar telah dipilih dari zon utara, zon timur, zon tengah dan zon selatan untuk menjawab soalan ujian setara tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian keseluruhan pelajar adalah pada tahap sederhana dengan min markahnya 57.38. Pencapaian keseluruhan pelajar mengikut soalan Bahagian A dan Bahagian B adalah juga sederhana dengan min masing-masing adalah 29.3 (56.3%) dan 28.3 (58.9%). Pencapaian keseluruhan pelajar lelaki adalah lebih baik daripada pelajar perempuan. Pencapaian pelajar lelaki bagi Bahagian A dan Bahagian B juga adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa pencapaian pelajar dari jenis sekolah berasrama penuh adalah lebih baik daripada sekolah misionari, premier dan harian biasa dengan min markahnya 69.50. Didapati juga bahawa pencapaian pelajar daripada sekolah aliran agama secara keseluruhannya adalah lebih baik daripada pencapaian pelajar daripada sekolah aliran teknik dan harian biasa dengan min markahnya adalah 65.68. Bagi tujuan kedua pula seramai 85 orang pelajar Melayu daripada 18 buah sekolah telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak menghadapi masalah bagi menjawab soalan Bahagian A yang melibatkan lima soalan di mana antara 50% hingga 90% dapat menjawab dengan baik kecuali soalan nombor 4 dan 5 yang melibatkan kemahiran kadar perubahan, dan gabungan rajah melibatkan perimeter dan isipadu. Kesalahan konsep adalah antara 10% hingga 30% bagi soalan Bahagian A. Dapatan kajian juga mendapati penguasaan pelajar Melayu lelaki adalah lebih baik daripada pelajar Melayu perempuan bagi soalan-soalan Bahagian A. Bagi Bahagian B, didapati pelajar Melayu paling ramai memilih soalan 6 (graf), soalan 8 (penjelmaan), soalan 9 (pelan dan dongakan) dan soalan 12 (statistik). Penguasaan pelajar Melayu bagi soalan-soalan bahagian ini adalah baik di mana lebih daripada 50% dapat menjawab soalan dengan betul kecuali beberapa kemahiran-kemahiran tertentu yang melibatkan tajuk-tajuk abstrak yang mana pelajar Melayu didapati melakukan kesalahan konsep yang serius. Secara keseluruhan, didapati penguasaan pelajar Melayu dalam soalan peperiksaan Matematik SPM adalah baik dan pelajar Melayu perempuan didapati melakukan kesalahan konsep bagi kemahiran-kemahiran tertentu lebih daripada pelajar lelaki.

sakit-sakit...